Firaun merupakan Bahasa Mesir Pr-Aa yang bermaksud ‘Rumah Besar’, bertindak sebagai:
-raja
-pemimpin kerohanian
-panglima besar
Firaun juga dianggap sebagai dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.
Manusia Mesir Purba telah mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada zaman logam ejak tahun 5000 S.M. Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Pertukaran cuaca dan terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir dan akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat.
Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah conthnya bandar Thinis, Memphis, dan Thebes.
Firaun Menes merupakan pemerintah kedua kerajaan ini . Beliau berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan. dan mengetuai struktur negara Mesir silam.
Gamber berikut merupakan Firaun dan perkataan Firaun dalam tulisan Hieroglif |
Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya:
- Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkin Menes atau Narmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui siapa muncul dahulu.
- Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dari orang laut kerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir ketika peperangan.
- Keadaan sebenar kehilangan isteri Akhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui. Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.
- Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan Mesir berpecah ketika itu.