Sunday, 9 June 2013

Firaun

 

 
Firaun merupakan Bahasa Mesir Pr-Aa yang bermaksud ‘Rumah Besar’, bertindak sebagai:
-raja
-pemimpin kerohanian
-panglima besar
Firaun juga dianggap sebagai dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.
King Tut Pictures, Images and Photos 
Manusia Mesir Purba telah mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada zaman logam ejak tahun 5000 S.M. Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Pertukaran cuaca dan terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir dan akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. 
Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah conthnya bandar Thinis, Memphis, dan Thebes.

          Firaun Menes merupakan pemerintah kedua kerajaan ini . Beliau berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan. dan mengetuai struktur negara Mesir silam.



King Tut's Tomb Pictures, Images and Photos
Gamber berikut merupakan Firaun dan perkataan Firaun dalam tulisan Hieroglif







                
Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya:
  • Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkin Menes atau Narmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui siapa muncul dahulu.
  • Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dari orang laut kerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir ketika peperangan.
  • Keadaan sebenar kehilangan isteri Akhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui. Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.        
  • Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan Mesir berpecah ketika itu.

Agama Dan Kepercayaan

       Orang Mesir Purba percaya kepada konsep Politeisme.Politeisme adalah kepercayaan dalam atau pemujaan banyak tuhan seperti dewa dan dewi. Tuhan-tuhan ini dipuja di kuil bersama dengan upacara and mitologi mereka. Banyak agama, sama ada yang lama atau baru, mempunyai kepercayaan politeisme seperti agama Hindu, Buddha, Shinto, Yunani Purba, agama tradisi orang Cina, kepercayaan neo-pagan.



Gods of Egypt Pictures, Images and Photos
Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti: Re (Tuhan Matahari)

 

Photobucket
Ra-Atum (Tuhan Langit)





Photobucket
Amun (Tuhan Angin)



   
mummy Pictures, Images and Photos
Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu, mayat perlu disimpan dengan baik dan dijaga dengan teliti. Mayat ini telah disebut sebagai mummy dalam Bahasa Inggeris.

     Makam Mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.Solekan mayat, adat kebesaran, dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.

Puluhan negara diundang oleh pemerintah Mesir, untuk mengirimkan tim ahli paleoantropologinya yang terbaik

Pengkhususan Kerja


Pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembkar dan juga peralatan, Mesir Purba telah berkembang maju.
Eksport Utama- Tekstil dan kertas.


 



 
 
 
 
 
 
 
Perlombongan emas di kawasan Nubia
Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyerusinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, dan Helipolis.


Struktur Bangunan Dan Patung-patung Mesir Purba


Seni pahat dan seni patung jaman Mesir purba telah bermutu tinggi. Patung-patung dibuat sebesar manusia. Seni lukis dan seni menganyam juga sudah maju.

      
       Orang Mesir juga terkenal di bidang Arsitektur. Bangunan-bangunan Mesir megah dan tahan lama. Kira-kira  tahun 3000 SM, orang-orang Mesir telah mampu membuat piramida-piramida. Bangunan tersebut dibuat dari batu, dan megah sekali. Di dalam piramida itulah jenazah raja-raja Mesir dimakamkan.
     Orang Mesir percaya, bahwa nyawa manusia tetap hidup selama jasmaninya masih utuh. Itulah sebabnya mereka membalsam mayat-mayat, agar tetap utuh da tahan lama. Dan mummi para raja disimpan di piramida.

     Kecuali sebagai petani,orang Mesir jugaada yang sebagai pedagang. Ada juga yang mengusahakan kerajinan. Misalnya : Kerajinan tanah liat, gelas, logam , gading. Menenun kainlena dan permadanipun mereka terampil.
      Agama orang Mesir purba polytheisme. Jadi menyembah banyak dewa. Dewa yang terkenal ialah Re atau Ra, yaitu dewa matahari. Kadang-kadang disebut juga Amon. Untuk menghormatdewa tersebut, dibangun obelisk. Yaitu tugu yang dubuat dari batu granit merah.
       Dewa dan dewi lain misalnya:
  • Osiris       :  Dewa maut, tugasnya menghakimi orang yang telah meninggal
  • Isis           :  istri Osiris
  • Horus       :  Putra Osiris
     Kecuali dewa-dewa, orang Mesir purba juga menyembah binatang-binatang yang dianggap keramat. Antara lain : Apis (Kerbau jantan), Ibis (burung bangau), kucing dan buaya.

Pembukaan Enam Makam Mesir untuk Umum


Badan purbakala Mesir mengumumkan bahwa enam makam di dekat piramida yang terkenal di Saqqara, akan dibuka untuk umum.
Diantara kuburan yang dibuka, salah satunya adalah milik bendaharawan Raja Tutankhamen Maya, dan milik Jenderal Raja Horemheb, yang merupakan penerus Tutankhamen.
Makam Saqqara adalah kuburan bagi Firaun Mesir dan para anggota istana di ibukota Memphis. Ini kemudian digunakan oleh para dinasti penerus dan kerajaan baru.
Area di sekitar makam yang baru saja dibuka, berada di dekat piramida Firaun Djoser, yang dibangun pada tahun 2667 sampai 2648 SM.
Ini termasuk 15 kuburan yang digali pada akhir abad ke 19 oleh tim Anglo-Denmark, atas persetujuan Dewan Tertinggi Benda Purbakala Mesir.
Sejak ditemukan, makam ini telah disinggahi penjarah makam yang mencuri artefak dan ukiran batu, yang dijual ke museum di seluruh dunia.
Menteri Negara Benda Purbakala Mesir Dr. Zahi Hawass, berharap dengan dibukanya makam untuk umum, para turis akan kembali ke Mesir pasca revolusi penurunan Presiden Hosni Mubarak.

Ciri-Ciri Tamadun Mesir Purba

Kerajaan


Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah (Upper and Lower Egypt)Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai struktur negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian dan panglima besar bagi kedua-dia tentera dan tentera lautFiraun dianggap dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.
Sistem Sosial Tamadun Mesir Purba

Bahasa


  • Mesir Akhir (1300–700 SM)

Penulisan 

Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa ChadicBerber dan Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 SM. Para sarjana meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:
Pengkaji Mesir Purba merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif, bersama dengan skrip baji Mesopotamia menjadi sistem penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya silabik, sebahagiannya ideografik.
Hieratik adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung yang pertama sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah Demotik dari sudut Mesir, iaitu, "asal" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam Akhir daripada Nubian dinasti ke-25sehingga ia dipinggirkan oleh Yunani Koine pada awal abad AD. Selepas penaklukan oleh Umar ibn al-Khattabbahasa Koptik kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keagamaan oleh minoriti Kristian.
Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglifik).
Abjad terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari silabus hieroglif.

Tulisan

Tulisan Hieroglif
Tulisan Hieroglif


Tulisan Hieratik

Tulisan Demotik






       

Sejarah Tamadun Mesir Purba

Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atauEritreaSejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.

Firaun Hatshepsut
Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar 3000 SMKronologi Mesir termasuk menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini. Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak termasuk cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada alaf ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SMTempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, diPaleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir).

Zaman Mesir Purba

Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal,Napat, keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya sekitar 3200 SM hingga 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander Agung. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas empayar hidrolik.



Kedudukan Geografi



Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung GazaPalestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.
Kedua kerajaan membentuk Kemet ("tanah hitam"), nama bagi tanah hitam yang dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali sebagai Deshret ("tanah merah"), menurut Herodotus: "Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa Libya mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut menyatakan "Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting." (Histories Book 2:104), dan Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et Termes Particuliers (Pernyataan dan Syarat Khusus) mendakwa bahawa Kemet sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro dalam ertikata "Negara Hitam)".