Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atauEritrea. Sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.
Firaun Hatshepsut |
Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar 3000 SM. Kronologi Mesir termasuk menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini. Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak termasuk cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada alaf ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, diPaleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir).
- Dinasti (lihat juga: Daftar dinasti Mesir):
Firaun Menes - Tempoh Dinasti Awal Mesir (Dinasti 1 - ke 2; sehingga sekitar abad ke-27 SM)
- Kerajaan Lama (Dinasti ke-3 - ke-6; abad ke-7 - ke-22 SM)
- Tempoh Perantaraan Pertama (abad ke-7 - ke-11 SM)
- Kerajaan Pertengahan Mesir (Dinasti ke-11 - ke-14; abad ke-20 - ke-17 SM)
- Tempoh Perantaraan Kedua (Dinasti ke-14 - ke-17)
- Hyksos (Dinasti ke-15 - ke-16)
- Kerajaan Baru Mesir (Dinasti ke-18 - ke-20; abad ke-16 - ke-11 SM)
- Tempoh Perantaraan Ketiga (Dinasti ke-21 - ke-25; abad ke-11 - ke-7 SM)
- Tempoh Akhir Mesir Silam (Dinasti ke-26 - ke-31; Abad ke-7 SM - 332 SM)
- Dinasti Akhaemenid
- Mesir Yunani-Rom (Graeko-Roman) (332 SM - 639)
- Dinasti Ptolemaik
- Empayar Rom
No comments:
Post a Comment